top of page

Apa itu Program NILAM?

Laporan terkini Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun. Kadar ini adalah rendah dan menunjukkan tabiat membaca masih tidak memberangsangkan.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian yang berat terhadap kepentingan membina tabiat membaca di kalangan pelajar. Usaha-usaha membina tabiat membaca perlu diberi penekanan yang wajar dan berkesan dalam pelaksanaan sistem pendidikan kita selaras dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat Malaysia.

NILAM DITAMBAHBAIK

Mulai 2018, akan dilaksanakan program Nilam yang ditambahbaik. Bermula dari Prasekolah,  Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk sekolah rendah. Click icon di atas untuk mengetahui lebih lanjut.

bottom of page